Majlis Aidilfitri 2009 ex SMTI 89-90

by 2:24 PM 41 Comments
Salam sejahtera buat sahabat sekalian,

Buat julung kalinya majlis aidilfitri ex SMTI 89-90 akan diadakan pada 3/10/2009 bertempat di Dewan Besar Sekolah Menengah Teknik Persiaran Brash Ipoh.

Menu bagi hari tersebut:

  1. Nasi putih & nasi minyak
  2. Rendang ayam
  3. Ayam masak merah
  4. Dalca
  5. Jelatah
  6. cup cake
  7. buah-buahan
  8. lemang
  9. lontong
  10. rendang tok daging
  11. nasi impit dan kuah kacang
Makanan adalah secara 'buffet'. Ada sessi karaoke bagi mereka yang berminat untuk menyumbang suara pada hari tersebut.
Pakaian lelaki mestilah baju melayu lengkap bersampin dan bagi wanita pula baju kurung/kebaya. Mesti tunjukkan kepada 'junior' bahawa kita adalah orang yang cukup matang.
Bagi memeriahkan lagi majlis ini, setiap ahli digalakkan membawa sebekas kuih untuk dikongsikan bersama.
Sesiapa yang ingn menghulurkan penajaan kuih-kuih lain adalah dialu-alukan.
Kos bagi setiap dewasa ialah RM 20.00 dan kanak-kanak RM10.00. Harga yang diberikan ialah termasuk sewaan sistem audio video, bangku dan meja bulat.
Sila buat pengesahan kehadiran dengan medium-medium yang ada bagi memastikan tempat diperuntukkan kepada semua yang hadir. sila nyatakan kehadiran dan bilangan anggota keluarga yang dibawa. Pembayaran boleh dibuat kepada akaun puan yusby. Tarikh akhir bagi pengesahan kehadiran ialah pada 25/9/2009 sebelum jam 12 tengahmalam.
Ada permintaan diantara ahli agar ada program pada sebelah petang oleh itu sila vote disebelah untuk acara yang diminta dan perlu ada minima ahli bagi satu-satu acara. Boleh vote lebih daripada satu pilihan.
Sekian dimaklumkan.

41 comments:

  1. InsyaAllah, saya akan hadir (sorang je)

    Maaf bebanyak, permintaan utk berbaju melayu lengkap tu mungkin tak dapat ditunaikan. Harap kehadiran masih dialu-alukan.

    Bayaran camner - Acc. no?

    ReplyDelete
  2. Puan Yusby Yakimin bt Abdul Talib - Public Bank (3990081803) ARTWAGEN h/p (019 5566059).

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, saya hadir..seorang saja...

    ReplyDelete
  4. Aku pun insyaAllah hadir sorang gak.. boleh aku ikut ko tak eyma? he..he..

    ReplyDelete
  5. aku ok jer...ko berani ker nak naik keter kontot aku...tp jgn takut lesen aku dan renew...tp ko jgn le tido time aku drive yek...

    ReplyDelete
  6. Ko ni Eyma dgn Has dtg sorang2 ni pasal korang nak nyanyi lagu raya kat majlis tu kan? Caya la korang. Cuma jgn mensumbangkan lagu yg disumbang dah le ye. Bukan ape takut nanti berubah lak jadi sajak raya.....

    ReplyDelete
  7. datang jgn tak datang......
    meh gi sekolah kita yg mana itulah titik pertemuan kita semua dalam satu batch 1989-1990.

    ReplyDelete
  8. Insya Allah..aku hadirkan diri...sorang je..tapi rasanya sure kena bawa body guard..mungkin aku ngan 2 anak je...eyma..muat lagi ke keter ko?..tunggu aku kat Rawang..ye - vicky-

    ReplyDelete
  9. aku dah bayau ooiiii rm70 kire le sendiri yeee brapa pax aku bawak....korang bile lagi........

    ReplyDelete
  10. aku try bawak family..klu x leh aku bwk family angkat jerr..hb tlg uruskan yekk

    ReplyDelete
  11. Insyaalah....kalau x ada apa2 aral melintang atau membujur...aku gilah....hazlynn...jadik x plan kita ??? Aku gi ngan kawan2 aje...family mungkon x nak ikut...

    ReplyDelete
  12. sapa datang bawak anak.. ada dapat duit raya tak ?

    aku pun nampak gayanya... sorang aje kot datang makan makan sebab aku punya partner maleh nak tunggu aku habis beborak lama...

    ReplyDelete
  13. Aku rasanya x dpt pi kot...anyway selamat Hari Raya EidulFitri maaf zahir batin utk semua kengkawan di SMTI dulu...klu ada salah & silap lg walaupun dah 19 thn harap dimaafkan....

    -BADRUL-

    ReplyDelete
  14. apasal semua nak g solo je nie...klu mcm nie aku pun nak g solo je la....eyma...has...vicky....i follow u all,tunggu aku kat tol rawang jam 8.30am ye.

    ReplyDelete
  15. aku tumpang ngan vicky boleh tak ?

    ReplyDelete
  16. wah...DESPERATE HOUSEWIVES semua pergi solo..ANAK2 DARO jom la berkonvoi sama...

    ReplyDelete
  17. amboi...bapak2 pun nak gi solo..tp korang kena ingat...pakaian wajib ialah baju melayu..bukan apa..kalo dah keluar pakai baju melayu, solo lak..takut nanti korang balik rumah..pintu mangga rumah dah bertukar...jd pikir2kan ler...

    ReplyDelete
  18. Dapat permission ker si bapak2 nak dtg solo nih? bukan aper kalau bulan ramadhan ada alasan nak gi sembahyg terawih tp kalau dah bln2 lain rasa cuak juga di hati isteri bila nk g jauh2 pakai baju melayu... jgn balik ada yg ber-2 udah lerrrrrr...

    ReplyDelete
  19. kepada bapak2 yg pergi solo tu jgn lupa butang baju melayu

    ReplyDelete
  20. ohh ye...jgn lupa sampin sekali...minyak wangi jgn pakai minyak atar tau...kalo bw kawan..bw kawan lelaki jugak..bgtau kat bini..buat kwn bersembang time drive..tak le mangantuk..aku rasa addypek menunggu dengan setia kat dewan sekolah nanti...jumpa di sana..di sana..hehe

    ReplyDelete
  21. eeh ramainya nak follow mak aweks ukurian...yg kat Rawang tu Yusuan ke? kalau ukurian boleh le join...
    Sfera ko nak tumpang aku?..sory ye...nanti aku lambat plk sampai Ipoh..hehehe ( sendiri faham le..)
    K.zue - jom..zah drive..kita rempit ke Ipoh...zzzoOOOMMM - vicky

    ReplyDelete
  22. wah meriah pulak kaum ibu dapat lesen berjalan sesekali ni ye...

    kaum bapak dah biasa dah... nak pakai baju kaler apa agaknya...

    ReplyDelete
  23. kalau datang bercouple bawak yang ada lesen yer.. -adipek

    ReplyDelete
  24. SAPE2 YG DATANG DARI ARAH SUNGAI BULUH DAN RAWANG....BOLEH LA BERKUMPUL DI KAWASAN REHAT RAWANG PADA JAM 8.00 HINGGA 8.30 PAGI....KITA AKAN KONVOI SAMA2 KE SMTI IPOH PADA HARI TERSEBUT...

    ReplyDelete
  25. yg confirm dgn aku mlm ni

    1. Jan Radio 2+2
    2. ramlan M1 2 + ???
    3. syahril sulaiman aka chin peng 2+1
    4. Badin M2 2+ ????

    ReplyDelete
  26. yg confirm dlm fb dlm 17 orang dan yg confirm dgn HB ada dlm 20 orang geng2 Ipoh.

    1. DZ
    2. Syam celak
    3. yusbi
    4. olend
    5. liza bidor
    6. vicky
    7. eyma
    8. haslipah
    9. Sfera
    10. yusuan
    11. ventor
    12. ben10
    13. zack ohh yesss
    14. mr pres
    15. noden
    16. parih
    17. kak nita
    18. adipek
    19. mi prefect
    20. azwati sham
    21. rudy
    22. suhaila
    23. pak ya

    ReplyDelete
  27. ooo adipek...

    kalau bawak yang takde lesen.. balik ko tolong kasi lesen boleh tak..

    ReplyDelete
  28. MANA KAWAN2 YANG LAIN NIE...APASAL TAK DAFTAR LAGI....NIE YG BUAT AKU HANGIN 1 BADAN NIE....AKU RASA PELAJAR SMTI SESSI 89-90 RAMAI...TAK KAN BALIK2 ASYIK MUKA YG SAMA JE...MANA GENG2 UTARA,SELATAN,TIMUR DAN BARAT...AYUH KITA RAMAI2 KE SMTI!!!!!

    ReplyDelete
  29. klu kaum ibu takut bapak2 berbaju melayu lengkap, suruh la bapak2 dari rumah pakai baju melayu tak bersampin...sampai sekolah nnt beli la sampin purple tu bawak balik sbg bukti....hahaha

    ReplyDelete
  30. ooittt....aku dah bayo....apasal tak masuk senarai confirm.....kene sms balik yek ....muel jawab...????

    ReplyDelete
  31. alamak Ron, hingat ko ade operasi hahahahah tambahan

    28. ROnaldo kapuiera 2+ 3
    29. Khalid M1 2+1

    Nama aku pun tak masuk lagi keee ???? hish nama aku pun lupa

    30. Muel

    ReplyDelete
  32. kalau pakai baju batik sekolah boleh tak agaknyer ?

    ReplyDelete
  33. "Pah! ooo Pah! Mana butang baju melayu ku Pah?

    "PAHHHHH! butang baju melayu aku mana daa....."

    ReplyDelete
  34. tambahan kedatangan

    31. Faizahanum 2 + 2
    32. Sham Plum 2 + 2

    ReplyDelete
  35. 33. Rahmat
    34. Zaini
    35. Zaleha

    Ni semua datang solo ni....

    ReplyDelete
  36. la la la la la... Kain pelekat la la la la... eh silap la pulak, kain sampin aku mana PAHHHH ?

    ReplyDelete
  37. Hish! korang ni, setiap kali nak pakai baju melayu mesti sebut2 nama aku.. nti aku ciptakan baju melayu yg tak payah korang susah2 cari butangnyer.. Agak2 kan, baju melayu pakai zip ok tak?

    ReplyDelete
  38. Kekawan semua: Aku pohon maaf zahir & batin sebab tak dapat hadir pada jamuan raya di SMTI 3 Okt ni.. Aku ada hal ke Port Dickson...
    Harap jumpa lagi di masa lain..
    Selamat Bergembira.... & Salam Lebaran.. Maaf Zahir & Batin...

    razee@jkrmeksel.gov.my

    ReplyDelete
  39. RASANYA AKU X DAPAT JOIN KONVOI...AKU "BERTOLAK" AWAL KE IPOH..SO X PAYAH LE TUNGGU AKU YE...- vicky

    ReplyDelete